Monday, August 3, 2009

Demontrasi anti-ISA untuk siapa.....?

Demontrasi anti- ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim bin Syed Noh telah diadakan di sekitar ibu negara dan kawasan yang menjadi tempat perhimpunan adalah meliputi kawasan sekitar kompleks membeli- belah SOGO, Masjid Jamek, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut .Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini. Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), terpaksa bertindak meleraikan para penunjuk perasaan dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air .Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut

Ekoran peristiwa tersebut Polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan. Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.

Dalam perkembangan sehingga jam 11 malam ini, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967."Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Demi mencapai cita-cita politik terutamanya para pemimpin parti pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ini terbukti dengan berlakunya peristiwa demontrasi anti-ISA yang diadakan di ibu negara, dimana pemimpin-pemimpin pembangkang lah yang mendalangi demontrasi tersebut dan mereka telah mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan remaja berumur di bawah 18 tahun, kaum wanita, para pelajar sekolah dan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS untuk turut serta dalam demontrasi tersebut.

Apa yang dilakukan pembangkang merupakan satu tindakan untuk kepentingan kuasa politik pemimpin-pemimpin utama pembangkang sahaja. Adalah jelas tindakan pembangkang tersebut tidak membawa apa-apa kesan kepada negara malah tindakan tersebut telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai, terutamanya telah menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga di kawasan berkenaan.

Sedarlah.......negara kita akan terancam dari segi keamanan dan keharmonian hidup jika kita terus memberi sokongan kepada perbuatan atau tindakan pembangkang .

1 comment:

  1. Hebat permaian politik orang lain, mereka mengunakan Melayu untuk menghakis kuasa dan entiti Melayu sendiri, sedangkan Melayu yang tak sedar diri ini dengan bangga merusuh dan demontrasi, rela ditahan pihak berkuasa......sedangkan orang lain sedang bersembunyi diri dan bertepuk tangan di balik tabir dengan senyum bangga kerana berjaya memperalat dan memperdaya orang melayu untuk menentang dan menghakis kuasa bangsa mereka sendiri.

    Kesian orang Melayu.......bila lagi nak sedar diri......

    ReplyDelete