Monday, August 17, 2009

JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas. Kerusi Permatang Pasir sebelum ini disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Jumaat 31 July 2009 akibat sakit jantung. Setelah itu pihak SPR telah menetapkan pergundian semula di DUN Permatang Pasir bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, yg disandang oleh Mohd Hamdan Abd. Rahman 63 dari PAS, sebagai ADUN sejak 1999. Pada pilihanraya umum yang lalu, Mohd Hamdan Abd.Rahman telah berjaya menewaskan calon BN iaitu Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Calon-calon yg akan bertanding DUN Permatang Pasir adalah Pesuruhanjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man 52 telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat manakala calon BN diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman 38. Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Pengundi-pengundi di Permatang Pasir pilihlah calon yang betul-betul boleh mentadbir negara, dari segi agama, politik, kejujuran, amanah, prihatin terhadap rakyat dan bertanggungjawab terhadap tugas yg diamanahkan kepada mereka. Jangan pilih calon yang pandai bercakap sahaja sehingga sanggup mengadai agama, bangsa dan negara demi memperolehi kuasa politik. Akhirnya pengundi yang rugi......ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi atau jangan jadi Lebai Malang.


No comments:

Post a Comment