Wednesday, August 19, 2009

SELESEMA BABI (H1N1)

Cara Influenza A (H1N1) merebak.
Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)

Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Golongan yang berisiko tinggi jangkitan Influenza A (H1N1).

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

Individu berusia 65 tahun dan ke atas

Kanak-kanak dan remaja

Wanita mengandung

Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes.

Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression) .

Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan.

Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.

Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.

Surgical mask boleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

Peranan mask di dalam masyarakat.

Ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.

Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.

Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.

Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

Monday, August 17, 2009

SIAPAKAH MANGSA SETERUSNYA ?

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. "Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Ini berdasarkan unjuran yang dibuat oleh WHO.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat lagi dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan."Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. "Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,"

Walaupun rakyat dinasihat jangan panik namun rakyat perlu sedar akan akibat pandemik terhadap diri, keluarga malah negara. Virus ini tersebar dan ancamnnya lebih teruk dari denggi. WHO melaporkan akan datang gelombang kedua yg katanya lebih dahsyat lagi..

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab yang sama-sama BERUSAHA MENCEGAH, MENGHALANG DAN BERUSAHA MELAMBATKAN PENULARAN JANGKITAN SERTA MENGURANGKAN KES KEMATIAN. Jangan hanya berharap tindakan Kementerian Kesihatan, mereka juga sudah tak mampu untuk mengawal dan menyekat penularan penyakit tersebut . Doktor-doktor swasta pun kena la sama-sama membantu, dalam situasi sekarang jangan lah mementingkan keuntungan lagi .

Dah tercatat dalam sejarah berjuta nyawa manusia terkorban bukan disebabkan peperangan tetapi disebabkan serangan wabak penyakit. Di antaranya ialah wabak cacar telah membunuh 60 juta jiwa di Eropah. Penyakit Tifus dikatakan menyerang kota Athen purba Yunani yang mengorbankan ramai mangsa secara senyap. Semasa Napoleon berundur dari Moscow pada 1812, ramai askar Perancis meninggal dunia akibat wabak ini.

Janganlah diri kita dan orang-orang kesayangan kita menjadi mangsa seterusnya......

BUKAN ISLAM CALON PAS

Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang berjuang atas nama Islam dan perjuangan parti tersebut adalah kearah memperkukuh dan mematapkan agama Islam. Di mana dalam setiap pilihanraya sebelum ini samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil calon yang bertanding atas parti PAS terdiri daripada calon Melayu beragama Islam. Menurut laporan akhbar rasmi PAS iaitu Harakahdaily kira-kira 20,0000 orang yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang bukan Islam di seluruh negara telah jadi ahli Kelab Penyokong PAS dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya bagi membolehkan bukan Islam terutamanya ahli-ahli Kelab Penyokong PAS menjadi ahli PAS. Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, dengan pendekatan baru ini, dipercayai ramai bukan Islam akan bertanding atas tiket parti itu. Bekas pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu juga dilaporkan berkata, melihatkan senario sedemkian, parti itu amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imejnya menjelang pilihan raya umum ke-13. "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan," .Sudah jelas lagi terang demi kepentingan kuasa politik, parti PAS sanggup mengadai agama, bangsa dan negara hingga bercadang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) untuk bertanding atas lambang parti PAS dalam pilihanraya umum akan datang dengan alasan akan dapat meningkatkan sokongan pengundi dari pelbagai kaum di negara ini. Itulah perjuangan parti PAS sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tetapi semata-mata untuk kepentingan kuasa politik. Adakah PAS benar-benar parti Islam yang tulin.........?

JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas. Kerusi Permatang Pasir sebelum ini disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Jumaat 31 July 2009 akibat sakit jantung. Setelah itu pihak SPR telah menetapkan pergundian semula di DUN Permatang Pasir bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, yg disandang oleh Mohd Hamdan Abd. Rahman 63 dari PAS, sebagai ADUN sejak 1999. Pada pilihanraya umum yang lalu, Mohd Hamdan Abd.Rahman telah berjaya menewaskan calon BN iaitu Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Calon-calon yg akan bertanding DUN Permatang Pasir adalah Pesuruhanjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man 52 telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat manakala calon BN diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman 38. Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Pengundi-pengundi di Permatang Pasir pilihlah calon yang betul-betul boleh mentadbir negara, dari segi agama, politik, kejujuran, amanah, prihatin terhadap rakyat dan bertanggungjawab terhadap tugas yg diamanahkan kepada mereka. Jangan pilih calon yang pandai bercakap sahaja sehingga sanggup mengadai agama, bangsa dan negara demi memperolehi kuasa politik. Akhirnya pengundi yang rugi......ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi atau jangan jadi Lebai Malang.


Monday, August 3, 2009

Demontrasi anti-ISA untuk siapa.....?

Demontrasi anti- ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim bin Syed Noh telah diadakan di sekitar ibu negara dan kawasan yang menjadi tempat perhimpunan adalah meliputi kawasan sekitar kompleks membeli- belah SOGO, Masjid Jamek, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut .Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini. Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), terpaksa bertindak meleraikan para penunjuk perasaan dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air .Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut

Ekoran peristiwa tersebut Polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan. Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.

Dalam perkembangan sehingga jam 11 malam ini, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967."Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Demi mencapai cita-cita politik terutamanya para pemimpin parti pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ini terbukti dengan berlakunya peristiwa demontrasi anti-ISA yang diadakan di ibu negara, dimana pemimpin-pemimpin pembangkang lah yang mendalangi demontrasi tersebut dan mereka telah mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan remaja berumur di bawah 18 tahun, kaum wanita, para pelajar sekolah dan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS untuk turut serta dalam demontrasi tersebut.

Apa yang dilakukan pembangkang merupakan satu tindakan untuk kepentingan kuasa politik pemimpin-pemimpin utama pembangkang sahaja. Adalah jelas tindakan pembangkang tersebut tidak membawa apa-apa kesan kepada negara malah tindakan tersebut telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai, terutamanya telah menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga di kawasan berkenaan.

Sedarlah.......negara kita akan terancam dari segi keamanan dan keharmonian hidup jika kita terus memberi sokongan kepada perbuatan atau tindakan pembangkang .