Wednesday, October 21, 2009

PKR Sabah Berpecah

PKR Sabah sedang menuju kearah kehancuran akibat krisis kepimpinan di mana terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh naib presiden PKR Datuk Jeffry Kitinggan dan anggota majlis Tertinggi parti, Ansari Abdullah berikutan pelantikan Naib Presiden parti ,Azmin Ali sebagai ketua perhubungan PKR Sabah.

PKR Sabah akan bertambah parah, di mana Kebanyakan ketua bahagian dipercayai lebih ingin melihat PKR Sabah diterajui orang Sabah sendiri, walaupun para pemimpin mereka di peringkat negeri gagal mencapai kata sepakat tentang perkara itu. Keadaan ini ditambah lagi apabila sekumpulan ketua bahagian menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap Azmin dalam mengetuai PKR Sabah.

Tuesday, October 20, 2009

Pakatan Rakyat Bermimpi di Siang Hari

Pakatan Rakyat, kini memasang angan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Ini adalah ekoran adanya desas desus bahawa ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan meletak jawatan akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan". Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Manakala ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Nampaknya Pakatan Rakyat mudah membuat kesimpulan dan suka menyebarkan khabar-khabar angin kononnya akan berlaku pelihanraya kecil lagi di DUN Jahol hanya disebabkan ADUN Jahol, Datuk Roslan Md Yusuf mengalami kecederaan dan sakit tulang belakang dan akan meletak jawatan. Tak kan kerana itu sahaja ADUN Jahol perlu letak jawatan......biasa la kalau seseorang itu jatuh dan terseliuh urat dan sakit badan.

Begitu juga dengan kes ADUN Lenggeng, Datuk Mustaffa Salim, beliau masih lagi dibicarakan di mahkamah dan belum lagi diputuskan bersalah atau tidak sebaliknya Pakatan Rakyat telah mendahului mahkamah dan membuat keputusan sendiri seolah-olah Datuk Mustaffa salim sudah bersalah dan perlu meletak jawatan sebagai ADUN.

Monday, October 19, 2009

Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

-- BERNAMA