Cara Influenza A (H1N1) merebak.Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
Golongan yang berisiko tinggi jangkitan Influenza A (H1N1).
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes.
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression) .
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan.
Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
Surgical mask boleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
Peranan mask di dalam masyarakat.
Ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.


Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang berjuang atas nama Islam dan perjuangan parti tersebut adalah kearah memperkukuh dan mematapkan agama Islam. Di mana dalam setiap pilihanraya sebelum ini samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil calon yang bertanding atas parti PAS terdiri daripada calon Melayu beragama Islam. Menurut laporan akhbar rasmi PAS iaitu Harakahdaily kira-kira 20,0000 orang yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang bukan Islam di seluruh negara telah jadi ahli Kelab Penyokong PAS dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya bagi membolehkan bukan Islam terutamanya ahli-ahli Kelab Penyokong PAS menjadi ahli PAS. Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, dengan pendekatan baru ini, dipercayai ramai bukan Islam akan bertanding atas tiket parti itu. Bekas pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu juga dilaporkan berkata, melihatkan senario sedemkian, parti itu amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imejnya menjelang pilihan raya umum ke-13. "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan,"




Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan. Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.
