Tuesday, October 20, 2009

Pakatan Rakyat Bermimpi di Siang Hari

Pakatan Rakyat, kini memasang angan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Ini adalah ekoran adanya desas desus bahawa ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan meletak jawatan akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan". Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Manakala ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Nampaknya Pakatan Rakyat mudah membuat kesimpulan dan suka menyebarkan khabar-khabar angin kononnya akan berlaku pelihanraya kecil lagi di DUN Jahol hanya disebabkan ADUN Jahol, Datuk Roslan Md Yusuf mengalami kecederaan dan sakit tulang belakang dan akan meletak jawatan. Tak kan kerana itu sahaja ADUN Jahol perlu letak jawatan......biasa la kalau seseorang itu jatuh dan terseliuh urat dan sakit badan.

Begitu juga dengan kes ADUN Lenggeng, Datuk Mustaffa Salim, beliau masih lagi dibicarakan di mahkamah dan belum lagi diputuskan bersalah atau tidak sebaliknya Pakatan Rakyat telah mendahului mahkamah dan membuat keputusan sendiri seolah-olah Datuk Mustaffa salim sudah bersalah dan perlu meletak jawatan sebagai ADUN.

No comments:

Post a Comment