Wednesday, March 24, 2010

Ahli PAS Jentera Penerangan

Realitinya seseorang itu tidak akan berubah pendiriannya melainkan setelah memperolehi maklumat. Begitu juga apabila seseorang itu hendak membeli sesuatu barangan ia perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu samada barangan itu memberi manfaat atau tidak kepada dirinya. Apa yang penting maklumat yang diperolehi hendaklah benar-benar tepat dan betul agar seseorang itu tidak tertipu apabila membuat pilihan.

Jadi apa-apa maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat hendaklah benar-benar telus, benar, dan tepat jangan maklumat yang disampaikan hanya bertujuan untuk mengelirukan masyarakat demi kepentingan tertentu.

Sebagai jentera penerangan hendaklah pastikan tidak ada penyelewengan dalam penyampaian maklumat.

Kukuhkan lah perpaduan kaum Melayu dan jangan dipecahbelahkannya demi kuasa golongan tertentu.

Wednesday, October 21, 2009

PKR Sabah Berpecah

PKR Sabah sedang menuju kearah kehancuran akibat krisis kepimpinan di mana terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh naib presiden PKR Datuk Jeffry Kitinggan dan anggota majlis Tertinggi parti, Ansari Abdullah berikutan pelantikan Naib Presiden parti ,Azmin Ali sebagai ketua perhubungan PKR Sabah.

PKR Sabah akan bertambah parah, di mana Kebanyakan ketua bahagian dipercayai lebih ingin melihat PKR Sabah diterajui orang Sabah sendiri, walaupun para pemimpin mereka di peringkat negeri gagal mencapai kata sepakat tentang perkara itu. Keadaan ini ditambah lagi apabila sekumpulan ketua bahagian menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap Azmin dalam mengetuai PKR Sabah.

Tuesday, October 20, 2009

Pakatan Rakyat Bermimpi di Siang Hari

Pakatan Rakyat, kini memasang angan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Ini adalah ekoran adanya desas desus bahawa ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan meletak jawatan akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan".Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan "tidak membimbangkan". Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Manakala ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan."

Nampaknya Pakatan Rakyat mudah membuat kesimpulan dan suka menyebarkan khabar-khabar angin kononnya akan berlaku pelihanraya kecil lagi di DUN Jahol hanya disebabkan ADUN Jahol, Datuk Roslan Md Yusuf mengalami kecederaan dan sakit tulang belakang dan akan meletak jawatan. Tak kan kerana itu sahaja ADUN Jahol perlu letak jawatan......biasa la kalau seseorang itu jatuh dan terseliuh urat dan sakit badan.

Begitu juga dengan kes ADUN Lenggeng, Datuk Mustaffa Salim, beliau masih lagi dibicarakan di mahkamah dan belum lagi diputuskan bersalah atau tidak sebaliknya Pakatan Rakyat telah mendahului mahkamah dan membuat keputusan sendiri seolah-olah Datuk Mustaffa salim sudah bersalah dan perlu meletak jawatan sebagai ADUN.

Monday, October 19, 2009

Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

-- BERNAMA

Monday, September 28, 2009

Sukabumi ( Jawa Barat )digegarkan Gempa Bumi Berskala 5.5 Ritcher.

JAKARTA, 28 Sept :- Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan Sukabumi, di Jawa Barat pada kira-kira pukul 7.26 pagi Isnin waktu tempatan.

Pusat gempa bumi itu terletak di latitud 8.17 darjah selatan, 107.23 darjah ke timur, kira-kira 143 kilometers tenggara Sukabumi, Jawa Barat, pada kedalaman 10 km bawah paras laut.

Agensi berita Antara memetik Pejabat Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia (BMKG) sebagai berkata kejadian itu tidak berpotensi mencetuskan bencana tsunami.

Indonesia yang memiliki kepulauan terbanyak di dunia terletak di sekitar "Lingkaran Api" Pasifik yang sering terdedah kepada bencana gempa bumi.

Pada 2 Sept lepas gempa bumi 7.2 pada skala Richter menggegarkan Wilayah Jawa Barat dan merosakkan sekurang-kurangnya 3,199 rumah di bandar raya dan daerah Sukabumi.

Gempa bumi kuat itu jelas dirasakan di 16 daerah di Jawa Barat, mengakibatkan 73 orang maut dan lebih 700 orang tercedera.

-- BERNAMA

Sunday, September 27, 2009

PAS terdesak - PRK DUN Bagan Pinang

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

PAS mendakwa kemenangan calon BN di DUN Bagan Pinang dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu dikaitkan dengan undi pos. Jadi bagi mendapatkan undi pemilih pos di Bagan Pinang Pemuda PAS akan berhempas-pulas untuk menembusi kem tentera dan balai polis.
Mereka akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen dalam kem-kem tentara dan polis. Jika tidak boleh masuk ke dalam kem, mereka tetap akan berkempen walaupun di tepi pagar kem.

Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad menyifatkan amalan itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-pakatan rakyat.

PAS mendakwa mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai "mata-mata" parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kalau PAS sudah ada orang dalam kem mengapa perlu bersusah payah hendak masuk dalam kem-kem tentera dan polis menjalankan kempen.

Gunalah penyokong-penyokong mereka yang ada dalam kem-kem berkenaan untuk menjalankan kempen mereka. Jadi kenapa hendak membesar-besarkan isu undi melalui pos sebab PAS sendiri mengaku yang mereka juga ada penyokong-penyokong di kalangan tentera dan polis.

Malah penyokong-penyokong tersebut dijadikan mata-mata PAS untuk memantau kegiatan atau kempen BN dalam kem-kem tentera dan polis. Apa yang PAS nak takut sangat........

Kalau dah hendak kalah macam-macam cari alasan. Kalau kawasan mereka boleh menang tidak pertikai langsung soal undi pos.

Tindakan PAS mempertikaikan pengundian melalui pos ini semata-mata hendak menarik perhatian dan simpati pengundi semata. Ini lah cara pembangkang menyerang BN dengan harapan pengundi akan hilang kepercayaan kepada kerajaan BN.

Tuesday, September 15, 2009

Undi pos dipertikaikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 3 Oktober depan manakala hari pengundian pula ditetapkan pada 11 Oktober 2009.

Namun, pembangkang telah melepaskan ‘serangan bom’ pertama berhubung dengan isu pengundi pos berjumlah 4,604 yang dituntut agar mengundi pada hari yang sama dengan pengundi berdaftar lainnya kerana mendakwa wujudnya penipuan dalam proses undian secara pos.

Semasa mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian DUN Bagan Pinang, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang diajukan persoalan berkenaan menegaskan, pengundi pos yang berdaftar tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana amalan biasa.

Ini bermakna SPR tetap akan meneruskan sistem undi pos dan tidak akan mengubah sistem itu seperti yang dituntut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika mereka semua keluar mengundi pada hari pengundian siapa pula hendak menjaga keamanan,” katanya.

Mengenai tuduhan kemungkinan berlakunya penipuan dalam amalan undi pos, Abdul Aziz berkata, “Mustahil boleh tipu dan tak mungkin ia boleh berlaku! Undi pos tidak boleh dibuat sesuka hati dan hanya yang layak boleh mengundi. Setiap undi pos mesti dilampirkan bersama borang pengesahan saksi. Malah setiap parti dijemput menghantar wakil mereka memerhatikan proses pengundian itu,” katanya.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media di pejabatnya, Isnin, Aziz berkata kotak berisi undi pos itu juga dikunci dan dikawal rapi oleh pegawai-pegawai SPR dan polis dari tarikh pengundian sehinggalah tarikh pengiraan.

Apakah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ni....tak tahu atau sengaja buat tak tahu yang selama ini sudah lama sistem undi pos dibuat dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu dan juga apakah beliau tidak tahu tentang proses-proses bagaimana kawalan dibuat ke atas undi pos.

Ini semua strategi PAS kerana....... hendak meletakkan undi pos sebagai punca kekalahan PAS di DUN Bagan Pinang dan tidak akan mahu menerima hakikat yang pengundi DUN Bagan Pinang menolak pakatan pembangkang.

Tuesday, September 8, 2009

ADAKAH KEPIMPINAN PKR BERWIBAWA?

Kalau nak kira banyak janji yang ditabur menjelang pilihanraya umum Mac 2008 yang belum ditunai oleh kerajaan pakatan pembangkang Selangor.

Semua itu berjaya ditutup malah dikaburi oleh segala macam isu yang berbangkit dari masa ke semasa.Ini ditambah pula dengan siri ceramah diserata pelusuk yang gambarkan semuanya molek belaka.

Dalam kegairahan untuk memenuhi tuntutan nak jadi ‘kerajaan popular’ Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakan-rakannya mungkin kurang sedar ada asas tertentu dalam realiti masyarakat berbilang kaum di negara ini yang tidak boleh diganggu gugat.

Malaysia bukan Amerika,Malaysia bukan United Kingdom apa lagi nak jadikan Malaysia macam Singapura.

Juga semangat populis pakatan pembangkang nampaknya kebelakangan ini membuatkan seolah semuanya merasa mereka berkuasa.

Semua ini dapat dilihat dengan jelas , dimana mereka mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok hingga ke bilik hotel iaitu di hotel Heritage, Ipoh di Perak walaupun mereka tidak lagi memerintah negeri Perak dan perbuatan ini boleh dilihat sebagai penderhakaan terbuka terhadap Sultan . Ini adalah tindakan yang tidak mengikut perundangan dan dilihat seolah-olah pembangkang cuba membelakangkan undang-undang dan ingin menunjukkan mereka itu berkuasa dan boleh lakukan apa sahaja.

Malah dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Adakah tindakan seumpama ini betul dan mengikut perundangan?. Bayangkanlah jika pakatan pembangkang memerintah negara ini ....apa lagi akan mereka lakukan..sudah tentu lebih dasyat sedangkan semasa mereka tidak berkuasa pun sanggup mereka melanggar undang-undang dan menderhaka kepada Sultan apatah lagi jika mereka berkuasa.
Satu lagi yang jelas dapat kita lihat di mana pembangkang (PKR) telah mencetuskan dan menyemarakkan semangat perkauman antara kaum Melayu dan India di mana hendak memindahkan kuil di seksyen 19 ke seksyen 23. Walaupun telah mendapat bantahan dari penduduk Islam kawasan seksyen 23 , kerajaan Selangor di bawah PKR masih hendak membina kuil di Seksyen 23 juga di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan kerajaan Selangor telah memilih tapak baru yang terletak 100 meter dari tapak cadangan asal.
Jadi apa bezanya dengan tapak cadangan asal dengan yang baru...cuma 100 meter saja jarak dari tapak cadangan asal tapi masih dalam kawasan seksyen 23 juga. Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak nampak semua itu atau semata-mata hendak menjaga kepentingan kaum India dan menafikan hak orang Islam kawasan tersebut.

Wednesday, September 2, 2009

MENTERI BESAR KEDAH KECEWA.

Tak ada pilihanraya! Setelah bermesyuarat hampir sehari suntuk pada Selasa, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memutuskan kerusi DUN Kota Siputeh Kedah masih disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu. Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof, dalam kenyataan akhbarnya, berkata, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan, di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan.

Ekoran daripada keputusan tersebut Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari Selasa. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebaliknya perlu bertindak mengikut notis yang dikeluarkan Speaker Kedah.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan SPR itu tidak mengikut undang-undang kerana arahan mengosongkan DUN berlandaskan Perlembagaan Undang- undang Tubuh Negeri Kedah.

“SPR sepatutnya mengambil tindakan berdasarkan makluman Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bukannya membuat keputusan sendiri. Bila masa SPR boleh mentafsir?” katanya.

Walau apapun sekarang ni...biarlah mahkamah yang tentukan siapa yang betul...dan siapa yang salah. Kalau hendak persalahkan SPR seratus-peratus pun tak adil kerana kes ini merupakan kes pertama dalam sejarah politik negara ini.

Tuesday, September 1, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH

Terbaru 3.30 petang: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai bermesyurat membincangkan kedudukan ADUN Kota Siputeh Kedah. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditanya hasil mesyuarat berkenaan tetap memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan jam 4.30 petang berhubung dengan keputusan mesyuarat tersebut. Namun Agendadaily menjangkakan, pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh terpaksa diadakan kerana soal ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut sidang DUN secara jelas dinyatakan dalam peraturan bahawa kedudukannya sebagai ADUN akan tergugur secara otomatik. - 1/9/2009

Terbaru 2.30 petang : Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) yang bermesyuarat sejak jam 10.30 pagi Selesa membincangkan kedudukan ADUN Kota Siputeh, Kedah masih meneruskan perbincangan sehingga jam 2.30 petang ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semasa keluar sebentar dari bilik mesyuarat berkenaan memberitahu, mereka masih lagi membincangkan isu berkenaan terutamanya yang berkaitan dengan soal-soal teknikal dan perundangan. “Kita jangka akan keluarkan kenyataan pada jam 4.30 petang ini. Serentak dengan itu juga kita akan menghantar surat kepada Speaker DUN Kedah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah SPR telah membuat keputusan berhubung isu DUN Kota Siputeh-1/9/2009 - sumber Agenda Daily

Wednesday, August 19, 2009

SELESEMA BABI (H1N1)

Cara Influenza A (H1N1) merebak.
Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)

Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Golongan yang berisiko tinggi jangkitan Influenza A (H1N1).

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

Individu berusia 65 tahun dan ke atas

Kanak-kanak dan remaja

Wanita mengandung

Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes.

Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression) .

Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan.

Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.

Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.

Surgical mask boleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

Peranan mask di dalam masyarakat.

Ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.

Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.

Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.

Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

Monday, August 17, 2009

SIAPAKAH MANGSA SETERUSNYA ?

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. "Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Ini berdasarkan unjuran yang dibuat oleh WHO.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat lagi dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan."Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. "Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,"

Walaupun rakyat dinasihat jangan panik namun rakyat perlu sedar akan akibat pandemik terhadap diri, keluarga malah negara. Virus ini tersebar dan ancamnnya lebih teruk dari denggi. WHO melaporkan akan datang gelombang kedua yg katanya lebih dahsyat lagi..

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab yang sama-sama BERUSAHA MENCEGAH, MENGHALANG DAN BERUSAHA MELAMBATKAN PENULARAN JANGKITAN SERTA MENGURANGKAN KES KEMATIAN. Jangan hanya berharap tindakan Kementerian Kesihatan, mereka juga sudah tak mampu untuk mengawal dan menyekat penularan penyakit tersebut . Doktor-doktor swasta pun kena la sama-sama membantu, dalam situasi sekarang jangan lah mementingkan keuntungan lagi .

Dah tercatat dalam sejarah berjuta nyawa manusia terkorban bukan disebabkan peperangan tetapi disebabkan serangan wabak penyakit. Di antaranya ialah wabak cacar telah membunuh 60 juta jiwa di Eropah. Penyakit Tifus dikatakan menyerang kota Athen purba Yunani yang mengorbankan ramai mangsa secara senyap. Semasa Napoleon berundur dari Moscow pada 1812, ramai askar Perancis meninggal dunia akibat wabak ini.

Janganlah diri kita dan orang-orang kesayangan kita menjadi mangsa seterusnya......

BUKAN ISLAM CALON PAS

Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang berjuang atas nama Islam dan perjuangan parti tersebut adalah kearah memperkukuh dan mematapkan agama Islam. Di mana dalam setiap pilihanraya sebelum ini samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil calon yang bertanding atas parti PAS terdiri daripada calon Melayu beragama Islam. Menurut laporan akhbar rasmi PAS iaitu Harakahdaily kira-kira 20,0000 orang yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang bukan Islam di seluruh negara telah jadi ahli Kelab Penyokong PAS dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya bagi membolehkan bukan Islam terutamanya ahli-ahli Kelab Penyokong PAS menjadi ahli PAS. Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, dengan pendekatan baru ini, dipercayai ramai bukan Islam akan bertanding atas tiket parti itu. Bekas pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu juga dilaporkan berkata, melihatkan senario sedemkian, parti itu amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imejnya menjelang pilihan raya umum ke-13. "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan," .Sudah jelas lagi terang demi kepentingan kuasa politik, parti PAS sanggup mengadai agama, bangsa dan negara hingga bercadang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) untuk bertanding atas lambang parti PAS dalam pilihanraya umum akan datang dengan alasan akan dapat meningkatkan sokongan pengundi dari pelbagai kaum di negara ini. Itulah perjuangan parti PAS sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tetapi semata-mata untuk kepentingan kuasa politik. Adakah PAS benar-benar parti Islam yang tulin.........?

JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas. Kerusi Permatang Pasir sebelum ini disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Jumaat 31 July 2009 akibat sakit jantung. Setelah itu pihak SPR telah menetapkan pergundian semula di DUN Permatang Pasir bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, yg disandang oleh Mohd Hamdan Abd. Rahman 63 dari PAS, sebagai ADUN sejak 1999. Pada pilihanraya umum yang lalu, Mohd Hamdan Abd.Rahman telah berjaya menewaskan calon BN iaitu Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Calon-calon yg akan bertanding DUN Permatang Pasir adalah Pesuruhanjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man 52 telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat manakala calon BN diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman 38. Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Pengundi-pengundi di Permatang Pasir pilihlah calon yang betul-betul boleh mentadbir negara, dari segi agama, politik, kejujuran, amanah, prihatin terhadap rakyat dan bertanggungjawab terhadap tugas yg diamanahkan kepada mereka. Jangan pilih calon yang pandai bercakap sahaja sehingga sanggup mengadai agama, bangsa dan negara demi memperolehi kuasa politik. Akhirnya pengundi yang rugi......ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi atau jangan jadi Lebai Malang.


Monday, August 3, 2009

Demontrasi anti-ISA untuk siapa.....?

Demontrasi anti- ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim bin Syed Noh telah diadakan di sekitar ibu negara dan kawasan yang menjadi tempat perhimpunan adalah meliputi kawasan sekitar kompleks membeli- belah SOGO, Masjid Jamek, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut .Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini. Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), terpaksa bertindak meleraikan para penunjuk perasaan dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air .Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut

Ekoran peristiwa tersebut Polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan. Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.

Dalam perkembangan sehingga jam 11 malam ini, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967."Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Demi mencapai cita-cita politik terutamanya para pemimpin parti pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ini terbukti dengan berlakunya peristiwa demontrasi anti-ISA yang diadakan di ibu negara, dimana pemimpin-pemimpin pembangkang lah yang mendalangi demontrasi tersebut dan mereka telah mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan remaja berumur di bawah 18 tahun, kaum wanita, para pelajar sekolah dan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS untuk turut serta dalam demontrasi tersebut.

Apa yang dilakukan pembangkang merupakan satu tindakan untuk kepentingan kuasa politik pemimpin-pemimpin utama pembangkang sahaja. Adalah jelas tindakan pembangkang tersebut tidak membawa apa-apa kesan kepada negara malah tindakan tersebut telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai, terutamanya telah menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga di kawasan berkenaan.

Sedarlah.......negara kita akan terancam dari segi keamanan dan keharmonian hidup jika kita terus memberi sokongan kepada perbuatan atau tindakan pembangkang .

Wednesday, June 24, 2009

LEMAHNYA PENDIRIAN PAS.........

Lihat dan renunglah sedalam-dalamnya wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim......

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan ke 55 parti itu telah melahirkan satu idea untuk membentuk kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO atas alasan demi kepentingan negara dan idea ini telah mendapat sokongan secara terbuka daripada Nasharuddin,iaitu Timbalan Presiden parti PAS. Sehubungan dengan itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan kenyataan keras dengan meminta Timbalan Presiden parti itu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok sekiranya masih tetap meneruskan pendirian menyokong idea pembentukan kerajaan Perpaduan kerana mendakwa ia bertentangan dengan ketetapan yang dibuat dalam Muktamar PAS.Datuk Nik Abdul Aziz juga mendakwa idea tersebut bukan datang dari PAS tetapi adalah lontaran peribadi Nasharuddin.

Bagaimanapun,Datuk Nik Abdul Aziz telah memberi kenyataan pula dalam akhbar Berita Harian menyatakan persetujuannya terhadap cadangan pembentukan kerajaan Perpaduan dengan berkata "semua usaha kearah cadangan pembentukan kerajaan Perpaduan terbabit mesti dibawa dalam perbincangan parti pada peringkat pusat terlebih dahulu sebelum dibahaskan pada peringkat negeri dan bawa kepada Pakatan Rakyat. Beliau juga berkata "saya setuju tetapi kena ikut saluran, tak boleh kita ketepikan keputusan mesyuarat dengan pandai-pandai seorang sahaja". kenyataan ini dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang.

Itu lah......mainan politik kotor pembangkang memutarbelitkan fakta demi mencari publisiti murahan.

Di manakah pendirian pucuk pimpinan tertinggi PAS mudah ditarik hidung oleh PKR dan DAP. ? Cakap tak serupa bikin......!


Tuesday, January 6, 2009

KELUARGA BAHAGIA


21 Tips Untuk Isteri

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai Sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari Seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda Harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk Pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah Perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga Yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1) Kehendak seks, Dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu
Dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya Amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda Adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk Lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.